Selasa, 13 Jun 2017

Duta Malaysia di Chile kena rompak

MALAYSIAKINI


Duta Malaysia di Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya kehilangan sejumlah barangan kemas dan wang seleas dirompak sekumpulan lima penjenayah yang memecah masuk kediamannya di Las Flores Avenue, Las Condes, Chile.

Perompak berkenaan juga dilaporkan memukul kepala duta itu dan mengancam untuk membunuh anak-anaknya dan memotong telinga isterinya sekiranya beliau tdak memberikan kerjasama.

"Perompak itu mengambil semua barang kemas milik anak dan isteri selain meminta sejumlah wang.

"Jika saya enggan berikan, mereka mengancam untuk membunuh anak-anak saya," katanya kepada portal Chile, Biobiochile.cl, yang dipetik akhbar Berita Harian.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 11.15 malam semalam (Ahad) waktu tempatan (11.15 pagi Isnin waktu Malaysia).

Lima individu yang dipercayai warga tempatan itu dikatakan memasuki rumah berkenaan sebelum mengikat tangan mangsa, isteri serta lima anak mereka.

Dr Mohamad Rameez yang ditemui media tempatan beberapa jam selepas kejadian, mengesahkan bahawa dirinya dipukul di kepala sebelum tangannya diikat.

Katanya, kejadian menyebabkan mereka sekeluarga trauma namun bersyukur kerana terselamat.

Sementara itu, polis Chile sudah menyiasat tempat kejadian termasuk mengambil kesan cap jari serta memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman itu.

Dalam pada itu, sumber Wisma Putra ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan duta dan keluarganya selamat.

Usaha menghubungi Mohamad Rameez untuk mengulas juga tidak berjaya

Tiada ulasan: