shahbudindotcom
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pengundi di Sungai
Besar perlu memilih calon BN dalam pilihanraya kecil 18 Jun ini
sekiranya mahu mendapatkan bantuan segera daripada kerajaan Pusat.
Sebaliknya,
kata beliau, sekiranya wakil pembangkang yang menang, ia menyebabkan
bantuan yang seharusnya sampai ke Sungai Besar akan lambat tiba.
Kalau
Budiman tidak dipilih nanti, kadang-kadang bantuan agak lambat sampai
kerana bukan sesama parti dalam kerajaan. Biasanya kalau sesama parti
dalam kerajaan, ia lebih mudah dalam membantu dan memberi perkhidmatan
kepada orangramai, katanya yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong,
Sarawak.
Tidakkah ini sebenarnya suatu ugutan kepada pengundi?
Sejak
bila bantuan kerajaan berdasarkan parti? Bukankah semua rakyat, tanpa
mengira parti apa sekali pun, mereka membayar cukai yang sama kepada
kerajaan?
Adakah BN sudah mula cemas dan terdesak di Sungai Besar sehingga terkeluar kata-kata berupa ugutan seperti itu?
Ini
baru ugutan secara terbuka, belum lagi yang dilakukan secara tertutup,
yang disampaikan kepada kumpulan kecil pengundi, dibisikkan dari telinga
ke telinga dan pelbagai cara lainnya.
Ini
juga baru seorang menteri yang dikesan melakukan ugutan, mungkin semua
menteri yang datang ke Sungai Besar turut melakukan perkara yang sama.
Apakah
menteri ini ingat sekarang seperti di zaman 60an atau 70an di mana
segala-galanya mesti bergantung kepada kerajaan persekutuan?
Sedarkah
beliau bahawa kerajaan negeri Selangor pun tidak lagi dipimpin oleh
parti yang sama dengan kerajaan persekutuan dan banyak kerusi Parlimen
di negeri itu juga adalah milik pembangkang?
Pernahkah
kita dengar ada rakyat Selangor "mati tak makan" atau kebuluran
semata-mata kerana bantuan kerajaan persekutuan lambat sampai?
Jika kerajaan persekutuan tidak mahu membantu, bukankah kerajaan negeri sentiasa ada sebagai galang gantinya?
Dengan
ugutan terbuka Nancy yang mewakili kerajaan pimpinan Najib Razak itu,
adalah penting untuk pengundi Sungai Besar membuktikan bahawa mereka ada
maruah, harga diri dan bukan "pengemis" yang segala-galanya mesti
bergantung kepada kerajaan persekutuan.
Kalau
pun kerajaan persekutuan memberi bantuan, bukankah ia sebenarnya
sebagai balasan atas pelbagai cukai, sama ada secara langsung dan tidak
langsung, yang dibayar oleh rakyat?
Jangan
lupa juga, di sebalik kononnya kerajaan pusat sedia memberi bantuan,
mereka sudah pun membebankan pengundi Sungai Besar dengan cukai GST,
hutang 1MDB, beban hutang negara yang berkali ganda, penarikan subsidi
serta membayar sebahagian kemewahan pemimpin, anak isteri dan
keluarganya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan