Sabtu, 18 Jun 2016

Skandal 1MDB Menang Anugarah


BERITA dari Hong Kong semalam kata, surat khabar Wall Street Journal (WSJ) dan pengarang ekonominya bagi edisi Asia, Tom Wright, dapat anugerah 2016 Pertubuhan Penerbit Asia (Sopa) kerana mendedahkan skandal 1MDB.

Wright turut diisytiharkan sebagai “Editor of the Year”. 

Sebelum ini, WSJ dipilih sebagai peserta terakhir kategori Laporan Antarabangsa anugerah Pulitzer Prize di Amerika Syarikat kerana pendedahannya mengenai skandal yang sama.


Tom Wright fasih bahasa Melayu


Laporan dari Kuala Lumpur pada 5 Julai tahun lepas kata, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak akan fail saman ka atas WSJ pada hari Selasa berhubung laporan yang kaitkan beliau dengan kes seleweng RM2.6 bilion duit 1MDB.

Dekat 52 Selasa dah datang dan pergi. Tom Wright dan WSJ dah menang anugerah tapi Mohd Najib tak saman-saman juga.

Siasat punya siasat, rupa-rupanya bukan undang-undang negara, Timbalan Perdana Menteri, Peguam Negara dan ahli PAC saja Mohd Najib tukar tapi takwim pun dia tukar.

Takwim dia, bukan takwim kita. Masalahnya takwim dia dengan takwim kita sekarang dah tak sama.

Takwim kita ada tujuh hari dalam seminggu iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Takwim dia, yang juga dipakai oleh pemakan-pemakan dedaknya, kurang satu hari. Ada enam hari saja iaitu Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Selasa tak ada.

Sebab itulah sampai hari ni dia dan peguam dia tak saman WSJ.

“Minta maaf la no, tok mo lawak sikit. La ni kena buat peran bagi oghang gelak pasai ghamai sangat stress. Jangan dok stress sangat no takut sat ni kena serang jantung!”

Meminjam pakai gaya bahasa Allah yarhamha Pendeta Negara (Tan Sri) Ismail Hussein, atas nota yang lebih serius saya ingin menggarisbawahkan bahawasanya kemenangan Tom Wright dan WSJ ini adalah penghinaan – affront - kepada Perdana Menteri, para peguam serta mereka yang komited kepadanya.

Saya sedang tunggu kenyataan Perdana Menteri yang kata, dia tidak campur tangan dalam pemilihan Tom Wright dan WSJ sebagai pemenang anugerah SOPA.

Mari ketawa. Ketawa belum kena GST


Ketawa adalah ubat tanpa GST yang mujarab.
 
Takkanlah cerita mudah macam ini pun pengundi Kuale dan Sungai Besar tak faham kot?

Mustahil. 

Wallahuaklam.


Tiada ulasan: