Ahad, 19 Jun 2016

PKR - Pas mungkin ‘putus cinta’ selepas PRK

Pas PKR


SHAH ALAM - Hubungan ikatan politik antara PKR dan Pas mungkin bakal menemui titik akhir selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ini kerana menurut penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, PKR dilihat secara jelas lebih memihak kepada Parti Amanah Negara (Amanah) berbanding Pas.

“Saya rasa PKR akan merasai beban atau kesan jika parti itu benar-benar ‘berpisah’ dengan Pas.

“Ini kerana Pas memegang sokongan majoriti masyarakat Islam dan Melayu. Kalau undi Amanah lebih banyak daripada Pas, mungkin tak apa,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Menurutnya lagi, PKR perlu mengelakkan berlakunya perpisahan antara parti itu dengan Pas kerana pembangkang memerlukan kekuatan Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

“Bila berlaku perpecahan macam ini (pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Besar, empat penjuru di PRK Kuala Kangsar), PKR terus memilih untuk menyokong dan bersama Amanah.

“PKR kena ingat yang naiknya Azmin (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) sebagai menteri besar pun disebabkan oleh sokongan daripada Pas. PKR juga kena ingat bahawa Pas lebih disokong masyarakat Melayu berbanding Amanah,” katanya lagi.



Tiada ulasan: