shahbudindotcom
Rizal
Mansor, pegawai khas Rosmah Mansor mungkin menganggap tindakannya
menyerbu dan ingin hadir sama dalam sidang media Rafizi Ramli sebagai
tindakan yang betul dan mampu menampilkannya sebagai hero.
Malangnya,
tindakan itu lebih memperlihatkan imej kebudak-budakan, terdesak dan
ketidakmampuan untuk terus melawan hujah dengan hujah dalam isu yang
dibangkitkan oleh Rafizi iaitu berkaitan pembaziran isteri Perdana
Menteri.
Dalam
masa yang sama, perlakuan menyerbu sidang media itu juga secara tidak
langsung turut memalukan Rosmah yang merupakan bos dan payung tempatnya
bernaung.
Meskipun
Rizal mengatakan tindakannya dilakukan tanpa pengetahuan Rosmah, tetapi
tanggapan umum tentunya mengatakan Rosmahlah yang meminta atau
setidak-tidak menggalakkannya berbuat demikian.
Dengan
yang demikian, Rosmah yang sudah calar balar imejnya dengan pelbagai
isu dan kelakuan, semakin koyak rabak gambarannya di mata umum.
Lebih
buruk, jika benar Rizal mengatakan tindakannya hanya untuk hadir dan
mencatat apa yang akan didedahkan Rafizi, mengapa perlu membawa puluhan
pengiring yang seolah-olah mahu membuat kacau dalam sidang media itu?
Sidang
media yang dibuat Rafizi untuk mendedahkan pembaziran Rosmah berkaitan
penggunaan jet adalah isu politik yang hanya perlu dilawan dengan hujah
dan penjelasan, bukannya dengan serbuan, tindakan ala samseng atau perlu
dibahas secara berdepan.
Jika
dalam sekian banyak pendedahan Rafizi sebelum ini Rizal boleh menjawab
dan memberi penjelasan dengan tenang, mengapa tiba-tiba perlu untuk
menghadirkan diri?
Apakah
Rizal sudah tidak mampu lagi tampil dengan jawapan dan penjelasan atau
semakin tertekan dengan satu demi satu pendedahan yang dibuat oleh
Rafizi?
Mengapa cuba hadir dalam sidang media orang lain tanpa diundang dan turut membawa ramai pengiring?
Walaupun
Zahid Hamidi menggambarkan tindakan Rafizi itu sebagai tidak ada
keberanian dan seolah-olah takut berdepan dengan kebenaran, etika mana
yang digunapakainya?
Sudahkah sebelum itu Rizal terlebih dahulu memohon secara baik untuk hadir dalam sidang media itu?
Atau mengapa tidak diajak Rafizi mengadakan sidang akhbar bersama berkaitan isu Rosmah?
Namun
demikian, jika pun semua permintaan itu tidak dilayan oleh Rafizi, dari
segi etikanya tiada keperluan sama sekali untuk Rizal menyerbu dan
hadir sama kerana beliau mempunyai banyak ruang untuk menjawab dan
memberi penjelasan, tambahan lagi semua media arus perdana, media baru
dan televisyen sedia menyiarkan jawapannya secara besar-besaran.
Biarkan
saja Rafizi membuat sidang akhbarnya dan beberapa jam kemudian jawablah
dengan tenang dan jika tuduhannya berupa fitnah, saman di mahkamah?
Jadi, kenapa perlu begitu kalut dan mempamerkan kepada umum dirinya yang berboskan Rosmah seperti sedang terdesak?
Dalam
pada itu, jika Rafizi dikatakan tiada keberanian kerana tidak
membenarkan kehadiran Rizal, adakah Rosmah sendiri sedia membenarkan
Rafizi hadir dalam mana-mana sidang akhbar yang diadakannya?
Di
masa yang sama, apakah Najib atau Zahid Hamidi sendiri misalnya begitu
berani dan sedia membenarkan individu seperti Khairuddin Abu Hasan atau
Anina Saadudin terpacul dalam sidang media mereka?
Kenapa
Najib begitu takut dengan soalan-soalan media asing sehingga ada yang
dihalau keluar meninggalkan negara hanya kerana bertanyakan soalan
kepadanya?
Kenapa juga Najib sendiri tiada keberanian berdepan dengan Tun Mahathir dalam program NothingToHide sebelum ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan