Ahad, 12 Jun 2016

Mustafa harap niat Pas tidak disalah erti

Mustafa Ali
Mustafa Ali


SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berharap tidak berlaku kekeliruan terhadap kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bahawa parti itu kini giat mendekati Umno.

Menurutnya, perkara itu berlaku hanya dalam konteks Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 dan sama sekali tidak melibatkan kerjasama dalam soal politik.

“Ini tiada kaitan politik, bukan dasar kita (Pas) untuk bekerjasama dengan Umno dalam soal politik,” katanya, semalam.

Tambahnya, mendekati diterjemahkan  perbincangan bersama pimpinan Umno memerlukan teknikal rang undang-undang.


Tiada ulasan: