Rabu, 15 Jun 2016

Kerana 1MDB Kita Kena Saman di London


MAPPADULUNG sudah tidak boleh bohong. Temberang dia makin hari makin terang.Temberang Nujum Pak Belalang sudah tak laku. Satu dunia sudah tahu dan hari ini timbul lagi satu.



Pak Arab dah mengamuk.

Berita dari London,  tempat kegemaran Mohd Najib. Katanya, dia ada mansion (rumah mewah) di situ.

International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar), telah buat permintaan timbang tara kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London tuntut AS$6.5 bilion (RM26 bilion) daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).

"RFA prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 015 (RNS Nombor 7064P)," kata IPIC dalam kenyataan yang dihantar kepada Bursa Saham London, hari ini. Baca lengkap di sini.


Menteri Kewangan Diperbadankan disaman di sini

Jelas Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak tipu. Dia kata, 1MDB tak akan jejas negara.
Nah sekarang Kementerian Kewangan yang dia jadi bos dah kena saman di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London. Beban siapa tanggung? Kita rakyat jelata lah.

IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.

"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu.

Apa lagi tipu-helah Mohd Najib dan pemakan-pemakan dedak dia nak kata?
Tolonglah, jangan terus perbodoh pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, khususnya, dan rakyat jelata dengan cerita dongeng kononnya Mohd Najib pakar urus ekonomi yang dahulukan rakyat.

Bukan semua rakyat jahil dan boleh disuapkan dedak.

Wallahuaklam.


Tiada ulasan: