Sabtu, 18 Jun 2016

KENAPA LAMBAT MENJAWAB?

  shahbudindotcom

 



Ini satu lagi persoalan baru yang ditanyakan oleh Rafizi Ramli berkaitan dengan jet eksekutif milik kerajaan setelah sebelum ini membangkitkan beberapa isu penggunaannya yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Sejak awal petang semalam sebaik Rafizi menanyakan soalan sama ada benar atau tidak jet kerajaan itu berada di Kazakhstan, kenapa belum ada sesiapa yang tampil memberi jawapan?

Mana respon daripada Jabatan Perdana Menteri? Jawablah, betul atau tidak jet tersebut pernah berada di Kazakhstan ketika ia dikatakan sedang diselenggara? 

Bukankah sekarang era langit terbuka dan zaman serba pantas? Kenapa masih begitu lembab dalam bertindak?

Mana sekian ramai pegawai PMO yang bertanggungjawab berkaitan media dan komunikasi?

Mana  juga Rizal Mansor yang sebelum ini panjang lebar menjawab di laman sosial Facebooknya setiap kali Rafizi membangkitkan isu jet yang dikaitkan dengan Rosmah?

Sudah beberapa jam berlalu, mengapa tidak menulis apa-apa? Masih berduka lara sebab tak dibenarkan masuk dalam sidang media Rafizi dua hari lalu?

Bila sebenarnya mahu dijawab - esok, lusa atau selepas pilihanraya Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti? 


Tiada ulasan: