shahbudindotcom
Ini
ialah luahan hati bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Ramly Zahari
yang sebelum ini namanya dicadangkan oleh Menteri Pelancongan dan
Kebudayaan, Nazri Aziz untuk dipertimbangkan sebagai calon atas alasan
ia lebih mudah untuk BN mengekalkan kemenangan di Kuala Kangsar.
UMNO
bagaimanapun akhirnya memilih Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khair-il Wan
Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak sebagai calon
dalam pilihanraya kecil yang pengundiannya pada 18 Jun ini.
Katanya, beliau tidak merajuk, cuma terkilan dengan sikap dingin Mastura terhadapnya.
Beliau
turut mendedahkan satu peristiwa mengenai dirinya diminta beredar oleh
ahli keluarga Mastura ketika menghadiri majlis tahlil arwah Wan Khair-il
yang diadakan di Kuala Kangsar, baru-baru ini.
Pelbagai
versi kedengaran mengenai siapa yang sebenarnya "menghalau" balik
Ramli Zahary itu. Ada yang mengatakan ia dilakukan oleh salah seorang
anak Mastura dan dan ada juga mengatakan ia dilakukan oleh ahli
keluarganya yang lain atas permintaan Mastura sendiri.
Mengapa perkara itu boleh berlaku?
Adat Melayu mana yang mewajarkan tetamu dalam majlis tahlil diminta beredar oleh ahli keluarga si mati?
Memang
dalam pemilihan UMNO 2013 lalu berlaku pertembungan antara Wan Khair-il
dengan Ramly Zahari bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala
Kangsar, tetapi bukankah semua itu asam garam dalam politik?
Yang
bermusuh hanyalah antara Wan Khair-il dengan Ramly Zahari, itu pun
hanya berkaitan soal politik, kenapa ia mahu diteruskan lagi oleh
keluarga yang masih hidup?
Tidak
bolehkah bersikap memaafkan, jika pun ada perkara yang mengguris hari
demi memberi ketenangan kepada roh yang berada di alam lain?
Sebelum
tidak lagi dipilih bertanding pada pilihanraya 2013 lalu dan kemudian
kalah kepada Wan Khair-il bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala
Kangsar, Ramli Zahari pernah menjadi Adun Manong sejak 1995 dan dilantik
menjadi Exco Negeri Perak selama empat penggal.
Kenapa bekas pemimpin yang pasti masih ada ramai pengikut dilayan sebegitu rupa?
Sudah
begitu terjaminkah kemenangan mampu diraih calon BN itu sehingga mahu
bermusuh dengan orang lama seperti Ramli Zahari, walaupun majoriti
kemenangan suaminya dulu hanya 1,082 undi saja?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan