Alyaa Azhar
LIHAT VIDEO DI SINI
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kurang memahami sikap parti
pembangkang lain yang seolah-olah sukar apabila partinya berbaik dengan
Umno.
Katanya, terdapat sebab mengapa PAS mahu menjalin hubungan mesra dengan Umno dan bukannya memilih untuk berbalah.
“Dia (parti pembangkang lain) susah kerana kita nak baik dengan Umno, memang kita nak baik dengan Umno.
“Kalau tak baik macam mana nak suruh Umno undi kita?” kata Hadi dalam
ucapannya di Dataran Ketior, Manong, Kuala Kangsar, malam semalam.
Menurutnya, PAS juga mahu berbaik dengan bekas sekutu yang kini menjadi seterunya, iaitu DAP.
Tetapi ini, katanya, adalah supaya ahli DAP juga mengundi PAS.
“Dengan DAP pun (PAS) nak baik, biar orang DAP undi kita juga.
“Kena baik dengan semua,” katanya.
Penjelasan Hadi itu dibuat susulan kenyataan Ketua Pemuda PAS Nik
Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang mengakui partinya cuba memahami Umno
dalam usaha mendekati dan menjalankan hubungan atas dasar "kepentingan
Islam".
Bagaimanapun, sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad berkata, kritikan PAS terhadap Umno semakin berkurangan kerana
telah diberikan dedak.
Malah, pada satu majlis di Kuala Kangsar, Ahad lalu, Dr Mahathir
berkata beliau telah menemui Hadi bagi menerangkan dakwaan salah laku
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tetapi “apa yang dia
nampak ialah dedak.”
Mahathir percaya bahawa PAS cuba memikat Umno kerana parti itu memerlukan sokongan selepas ditinggalkan bersendirian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan