LIHAT VIDEO DI SINI
Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berhubung kenyataannya semasa berkempen pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar, beberapa hari yang lalu.
Penduduk tempatan itu memberitahu pemberita bahawa laporan berkenaan dibuat berhubung ucapan ahli parlimen Pandan bahawa beliau mahu calon AMANAH 'membaling bom atom' ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika beliau menang pada 18 Jun ini.
Mohamad Halim Mohamad Ali, 37, berkata, beliau bersama tiga penduduk lain membuat laporan di beberapa balai polis di kawasan tersebut semalam.
Sambil menegaskan bahawa Rafizi tidak sepatutnya membuat 'ancaman' sedemikian, katanya, lebih banyak laporan polis mengenai perkara itu akan dibuat tidak lama lagi.
"Kami mahu Rafizi menjelaskan apa yang beliau maksudkan sebenarnya apabila dia membuat kenyataan sebegitu, " katanya.
Turut dirujuk dalam laporan polis itu ialah sebuah blog pro-Umno.
Blog itu mendakwa Rafizi menggesa pengundi untuk memilih calon AMANAH, Dr Ahmad Termizi Ramli.
Sebagai pakar fizik nuklear, calon pembangkang itu akan menghantar 'bom' jika terpilih.
Dalam video klip selama 16 saat itu, Rafizi memperkenalkan Termizi kepada para hadirin sebagai “ahli fizik dan pakar nuklear.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan