MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap mengelak dari menjelaskan
beberapa isu utama dalam wawancara khas yang disiarkan pada malam ini.
Walau menjawab isu yang dibangkitkan berhubung 1Malaysia Development
Malaysia Bhd (1MBD) beliau tetap tidak membuka mulut mengenai kaitannya
dengan jutawan Jho Low.
Beliau juga tidak menyentuh mengenai isu kekayaan keluarganya, yang
menyebabkan adik beradiknya terpaksa mempertahankan nama baik bapanya,
allahyarham Tun Abdul Razak.
Kenyataan itu ekoran kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang mengaitkan
kekayaan dan perbelanjaan mewah anggota keluarga Najib dengan harta yang
diwarisi perdana menteri.
Najib juga tidak menjawab secara khusus mengenai isu yang masih
dibangkitkan dalam kes Altantuya – motif pembunuhan dan pihak yang
mengarahkan pembunuhan itu.
Najib sekadar mengulangi sumpahnya bahawa beliau tidak mengenali wanita Mongolia itu.
Wawancara tersebut disiarkan melalui stesen TV pada malam ini, susulan
serangan terbuka oleh Mahathir yang disifatkan Najib sebagai “semakin
sengit”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan