Jumaat, 10 April 2015

Mat Sabu umum tanding pemilihan Mei ini

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
  
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberitahu beliau akan mengumumkan samada untuk bertanding atau tidak pada Mei ini dalam pemilihan parti.
 
Memetik laporan BH Online, Mohamad atau dikenali Mat Sabu berkata beliau kini sedang sibuk dan tidak sempat memikirkan mahu mempertahankan jawatan nombor dua PAS atau tidak awal Jun ini.
 
"Saya tidak mahu komen (pasal pemilihan). Belum lagi buat keputusan.. kena analisa (sokongan) dulu. Mungkin Mei nanti saya umumkan (pendirian)," katanya.
 
Jika keputusan mempertahankan jawatan itu kekal, Mat Sabu diramal berdepan laluan sukar berikutan saingan terdekatnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kini sudah mula mendahului berdasarkan undi diterima di setiap kawasan.
 
Ditanya pergeseran yang dilihat berlaku antara beliau dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mat Sabu hanya menyatakan kedua-duanya mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing.
 
"Presiden dengan tugasnya.. saya pula berperanan mengembangkan pengaruh PAS ke semua pihak sama ada NGO (badan bukan kerajaan), orang muda dan mahasiswa," katanya.
 
Mengulas mengenai Rang Undang-Undang Persendirian berkenaan hudud, beliau berkata, ia dijangka dibentang hari ini oleh Abdul Hadi sendiri.
 
 

1 ulasan:

Istiqomah berkata...

Tajuk bohong dan mengelirukan...Mat Sabu belum confirm lagi bertanding