Rabu, 1 April 2015

DAP Terengganu tetap bersama Pas


DAP
 
 
 
KUALA TERENGGANU – DAP Terengganu akur dengan pendirian DAP Pusat memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun akan meneruskan hubungan dengan Pas sebagai rakan komponen PR.

Pengerusinya, Ng Chai Hing berkata, hubungan dua hala antara DAP dan Pas diteruskan di negeri ini, tidak sebagaimana pendirian DAP di Sabah dan Sarawak.

"Hubungan dengan Pas kekal seperti sediakala, namun pada masa sama, kita akur dengan arahan DAP Pusat.

"Kita tidak akan ikut sebagaimana di Sabah dan Sarawak yang memutuskan hubungan dengan Pas di peringkat negeri, kerana perkara itu tidak diputuskan pada peringkat pusat," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bahawa DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi.

DAP mengambil keputusan itu berikutan bantahan keras parti itu terhadap tindakan Pas ingin membawa satu rang undang-undang persendirian berkenaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan ke Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan.


Tiada ulasan: