MALAYSIAKINI
Polis mengesahkan mangsa wanita nahas helikopter adalah kenalan
juruterbang pesawat malang tersebut, kata Ketua Polis Selangor Datuk Abd
Samah Mat.
Laman Mstar Online melaporkan, wanita tersebut, Aidana Baizieva menunjukkan minat dengan dunia penerbangan dan mahu menjadi seorang juruterbang.
"Berdasarkan siasatan setakat ini, kami percaya gadis itu adalah kenalan kepada juruterbang terbabit.
"Dia menunjukkan minat dengan dunia penerbangan dan mahu menjadi juruterbang.
"Berdasarkan keterangan syarikat helikopter itu, wanita berkenaan pernah
menyertai juruterbang tersebut di dalam penerbangan lain beberapa
kali," katanya.
Selain itu, Abdul Samah berkata, pihak polis juga hampir pasti mangsa
keenam nahas helikopter itu merupakan Aidana, 25, walaupun bukti ujian
DNA masih belum disahkan.
Bagaimanapun Abdul samah berkata, sekiranya ujian tersebut tidak
meyakinkan, pihak polis perlu memanggil bapa wanita itu dari Kyrgyzstan
untuk memberi sampel DNA miliknya.
Menurutnya, pasukan penyiasat juga telah ke apartmen milik Aidana di
Pantai Dalam dan memperolehi beberapa barang untuk mendapatkan DNA
wanita tersebut.
"Kami turut menjumpai bukti dalam bentuk tiket kapal terbang ke Langkawi
pada 21 Mac sempena LIMA dengan namanya dan juruterbang helikopter
tersebut," kata Abdul Samah.
Aidana merupakan salah seorang penumpang dalam helikopter itu dan
identitinya masih misteri setakat ini. Dia dikenal pasti oleh
Kementerian Pengangkutan pada Sabtu lalu sebagai pembantu operasi
helikopter.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin
Abdul Rahman berkata dia bukan pembantu juruterbang kerana helikopter
itu tidak memerlukan pembantu
Selain Aidana dan Fournier, penumpang lain dalam helikopter itu ialah
anggota Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis, setiausaha sulit perdana
menteri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang serta pengawal
peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.
Kumpulan itu sebelumnya hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang.
Pasukan penyiasat sudahpun berjaya mendapatkan kotak hitam daripada
bangkai pesawat dan akan dapat mendedahkan hasil siasatan tidak lama
lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan