Rabu, 15 April 2015

APA KES? PKNS jayakan proses penempatan baharu Kampung Mujahidin

Oleh:HAFIZAN TAIB


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menjalankan proses pembangunan kawasan perumahan baharu penduduk Kampung Darul Mujahidin, Teluk Panglim Garang.

Exco Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, satu kawasan sesuai dikenal pasti bagi tujuan itu bersebelahan Taman Sijangkang Jaya, dekat sini.

Katanya, Kerajaan Negeri sudah memutuskan dalam mesyuarat exco baru-baru ini supaya projek itu diserahkan kepada PKNS dan dalam proses melihat semula kawasan untuk pembangunan termasuk sebahagiannya bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

terlalu dekat kawasan kilang dan perumahan“Saya kira PKNS sedang dalam proses menyiapkan pelan pembangunan untuk dicadangkan kepada Kerajaan Negeri.

“Insya Allah, saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana PKNS juga banyak terbabit dalam program perumahan Selangorku,” katanya kepada Selangor Kini.

Penduduk Kampung Darul Mujahidin perlu berpindah ke penempatan baharu apabila kawasan diduduki kini bertukar status kepada zon industri, sejak awal 1990.

yunusBeberapa perbincangan pernah diadakan sejak 2009, namun sehingga kini tiada keputusan dicapai untuk perpindahan itu.

Ahmad Yunus berkata, pembangunan sebelum ini tidak dilakukan apabila WorldWide Holdings Berhad (WorldWide) gagal mencapai keputusan bagi tujuan itu.

“Kita akhirnya menyerahkan kepada PKNS dan kini menunggu jawapan daripada WorldWide untuk penyerahan semula,” katanya.-NFN-


Tiada ulasan: