Ahad, 15 Februari 2015

Veteren sokong tidak bertanding di Chempaka



Mustapha Yaakub Mustapha Yaakub
 
 
SHAH ALAM - Veteran Umno, hari ini menyarankan kepada pucuk pimpinan BN supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam PRK Dun Chempaka  bagi memberi laluan percuma kepada Pas untuk menang tanpa bertanding.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata saranan itu dicadangkan bagi membolehkan BN/Umno dan Pas menumpukan kepada kerja-kerja untuk memulih mangsa banjir di Kelantan.

"Langkah  itu juga akan menyelamat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis dari perbelanjaan yang besar untuk mengurus dan mengendalikan PRK itu sekiranya diadakan.

"Ia juga mengelak Umno daripada menghabiskan masa dan duit untuk berkempen," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: BN tak perlu letak calon tanding Dun Chempaka]

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, daripada bertanding di Dun Chempaka adalah lebih baik BN menumpukan gerak kerja di Permatang Pauh.

"Adalah lebih baik bagi BN menumpukan seluruh gerak kerja di PRK Permatang Pauh bagi menawan kerusi itu daripada PKR," ulasnya.

Dun Chempaka kosong ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Abdul Aziz Nik Mat.

Tiada ulasan: