Khamis, 19 Februari 2015

Rizalman kembali ke mahkamah New Zealand untuk perbicaraan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Pegawai Waran di Kedutaan Malaysia di New Zealand, Muhammad Rizalman Ismail yang berhadapan tuduhan cubaan rogol gadis warganegara berkenaan, akan kembali ke kandang mahkamah hari iini bagi menyambung perbicaraan.  
 
Rizalman, 38, dijangka tampil ke Mahkamah Daerah Wellington hari ini bagi mendengar pertuduhan yang dihadapinya, lapor media negara berkenaan.
 
Pada 9 Mei 2014, Rizalman didakwa mengekori Tania Billingsley, 21,  sebelum memecah masuk rumah gadis itu di pinggir bandar Wellington dan menyerang dengan niat melakukan pencabulan seksual. Beliau kemudian didakwa di atas pertuduhan berkenaan. 
 
Bagaimanapun, beliau pulang ke Malaysia tidak lama selepas itu menggunakan imuniti politik.
 
Pada Oktober 2014, Rizalman diterbangkan dari Kuala Lumpur ke New Zealand di bawah kawalan polis dan bermalam dalam tahanan di Auckland sebelum menaiki penerbangan seterusnya ke Wellington.
 
Rizalman yang merupakan pembantu staf pertahanan di Suruhanjaya Tinggi yang pejabatnya terletak di Wellington itu, boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.
 
Dalam perbicaraan sebelum ini pada November 2014, Rizalman berjaya dalam permohonan ikat jaminnya, bagaimanapun diperintahkan menyerahkan pasportnya dan dilanjutkan waktu berkurung ke atasnya daripada 10 malam hingga 7 pagi kepada 7 malam hingga 7 pagi.
 
Syarat lain ikat jamin, termasuk tidak mendekati pengadu atau mengunjungi kawasan Wellington meliputi kawasan pinggir Newton dan Berhampore dan Cuba Street dikekalkan.

Tiada ulasan: