Sabtu, 7 Februari 2015

Rafizi: Umno tak rugi sisihkan Cina

MALAYSIAKINI


 


PKR menjangkakan lebih banyak kenyataan pedas ditujukan kepada Cina daripada pemimpin Umno, khususnya selepas pilihan raya umum lalu yang menyaksikan sokongan meluas masyarakat itu kepada pembangkang.

Seorang naib presiden PKR berkata kenyataan "pulaukan peniaga Cina" Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini lanjutan kenyataan "tsunami Cina" perdana menteri.

"Kenyataan (Ismail Sabri) itu bukan yang pertama dan bukan pula yang terakhir," kata Rafizi Ramli (kanan), yang juga setiausaha agung parti itu.

"Akan ada banyak lagi kerana Umno percaya ia menguntungkan dengan memperkecilkan komuniti Cina, masyarakat itu dianggap tidak lagi penting dari segi politik, maka Umno tidak mempedulikan lagi kesan politik akibat tindakan itu."

Ismail Sabri baru-baru ini menjelaskan beliau tidak berniat menyerang peniaga Cina dan kenyataan boikotnya itu ditujukan kepada semua peniaga yang enggan menurunkan harga.

Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan bahawa menteri berkenaan tidak khusus kepada peniaga Cina.

Tiada ulasan: