Khamis, 19 Februari 2015

Pua: Perjanjian 1MDB-Petrosaudi 'penipuan'

MALAYSIAKINI


 


Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menyelar tindakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membuat perjanjian usaha sama dengan syarikat PetroSaudi Holdings.

Pua, yang menggelar tindakan itu sebagai satu "penipuan", berkata, 1MDB didakwa memeterai perjanjian usaha sama itu pada 2009 dengan pelaburan sebanyak AS$1 bilion.

Bagaimanapun, katanya, usaha sama itu telah mempunyai hutang "sedia ada" dalam bentuk pinjaman sebanyak AS$700 juta daripada PetroSaudi yang diambil wang tersebut daripada syarikat induknya, PetroSaudi International.

Selain itu, Sarawak Report hari ini turut mendedahkan tentang perjanjian usaha sama itu dan bagaimana 1MDB terpaksa membayar dua pertiga daripada pelaburan awal untuk membayar balik pinjaman rakan niaganya itu.

"Ini adalah lubang pertama yang 1MDB gali untuk dirinya sendiri menyebabkan semua lubang besar berikutnya digali untuk menutup penipuan ini!

"Adakah penyangak ini akan membayar jumlah itu?" kata Pua yang jugaMP Petaling Jaya Utara di lama Facebooknya hari ini.

Tiada ulasan: