Petikan kenyataan dari blog Perdana Menteri.
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa semua
peniaga bersikap adil dan bertimbang rasa dengan menurunkan harga barang
sejajar dengan penurunan harga minyak.
Najib turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa isu berkenaan
penurunan harga barang sama sekali tiada kaitan dengan bangsa seseorang
peniaga.
"Untuk makluman semua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna telah pun ditugaskan untuk melakukan pemantauan dengan
lebih kerap di seluruh negara bagi memastikan peniaga dan pemborong
tidak menaikkan harga barang dengan sesuka hati," katanya seperti
dipetik menerusi laman blognya, NajibRazak.com, pagi ini.
Beliau juga meminta pengguna di Malaysia bertindak bijak dengan tidak
membeli barangan di kedai yang menjual dengan harga tidak berpatutan.
"Kesannya, peniaga seperti ini akan terpaksa menurunkan harga barang sejajar dengan kos," katanya.
Terdahulu isu berkaitan harga barang ini menjadi kontroversi susulan
kenyataan Menteri Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri yang
mahu pengguna memboikot peniaga Cina yang mengaut keuntungan
berlebihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan