MALAYSIAKINI
Gangguan bekalan elektrik di perkarangan kuil Batu Caves malam tadi
adalah disebabkan oleh pancar pintas talian (nyahcas elektrik yang tidak
normal) di satu daripada pencawang di kawasan itu.
Menurut Pengurus Besar kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Tenaga
Nasional Berhad (TNB), Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin, jurutera TNB
masih dalam proses menyiasat punca kejadian.
"Bekalan elektrik dipulihkan melalui penjana kuasa mudah alih yang sedia
ada tetapi tidak bertahan lama disebabkan muatan berlebihan dari
sambungan bekalan sementara yang menyeluruh.
"Pasukan TNB berada di tempat kejadian untuk memulihkan bekalan daripada
dua penjana kuasa mudah alih tambahan," kata beliau dalam satu
kenyataan.
Mohd Aminuddin juga berkata polis trafik membantu untuk membawa penjana
kuasa mudah alih itu ke Batu Caves akibat kesesakan lalu lintas.
Bekalan elektrik ke kawasan itu terputus pada 8.50 malam tadi dan sehingga tengah malam ini, bekalan belum dipulihkan.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan