MALAYSIAKINI
MCA tetap bertegas agar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob memohon maaf atas kenyataan “salah, ekstrem dan
rasis” agar pengguna memboikot peniaga Cina yang tidak menurunkan
harga.
Setiausaha
agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, kenyataan kontroversi Ismail
di Facebook mengheret negara ke kancah “krisis yang tidak pernah
berlaku”.
Katanya, beliau bimbang BN akan ditimpa “kesan amat buruk” jika Ismail tidak menarik balik kenyataan tersebut.
Pada masa sama, Ong turut menyelar DAP kerana mensasarkan serangan ke atas MCA atas kontroversi itu.
“Sebabnya berpunca dari kenyataan menteri itu, jadi serangan patut dihalakan pada beliau dan bukannya ke atas MCA.
"Serangan ke atas (presiden parti, Datuk Seri) Liow (Tiong Lai) atau MCA
hanya akan mengaburi kontroversi ini dan menyebabkan pesalah sebenar
terlepas, dan orang lain pula yang jadi mangsa,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan