Ahad, 1 Februari 2015

MB: Selangor banyak lahirkan bintang, Arumugam jadikan inspirasi

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Tidak dapat dinafikan lagi, Negeri Selangor banyak melahirkan bintang sukan negara khususnya sukan nombor satu negara iaitu bola sepak.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata antaranya termasuk penjaga gol terbaik yang pernah dimiliki negara, mendiang Datuk R.Arumugam.

Arumugam


“Kita bukan ada Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sahaja tetapi ramai lagi seperti mendiang.

“Jasa mendiang kepada negeri, negara wajar kita kenang, angkat menjadi inspirasi bukan sahaja pemain bola tetapi untuk semua golongan masyarakat,” kata Mohamed Azmin kepada Selangor Kini selepas melancarkan Program Lambaian Kaabah Selangorku baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sempena memperingati hari kelahiran Arumugam hari ini.

Selain, Arumugam, Mokhtar bintang bola sepak yang juga berasal dari Selangor, Datuk Santokh Singh, Zainal Abidin Hassan, Khalid Ali, Reduan Abdullah, raja bola sepak Malaya – Datuk Ghani Minhat dan ramai lagi.

Pasukan Selangor dengan jolokan ‘The Red Giants’ merupakan pasukan yang paling banyak merangkul kejuaraan Piala Malaysia iaitu 32 kali.

Selain bola sepak, Selangor turut melahirkan jaguh sukan lain seperti badminton (keluarga Sidek), Foo Kok Keong dan lain-lain.EZY

Tiada ulasan: