MALAYSIAKINI
Walaupun terkorban, juruterbang TransAsia GE235 yang terhempas kelmarin
dipuji kerana terus berusaha menyelamatkan pesawat Taiwan itu sehingga
ke saat-saat akhir.
Liao Chien-tsung dan pembantu juruterbang, yang tidak dinamakan, sedaya upaya mengelakkan pesawat itu terhempas, lapor portal The Independent.
Datuk bandar Taipei berkata Liao cuba mengelak bangunan tinggi, blok
pangsapuri dan bangunan perdagangan untuk mengurangkan risiko kematian
semua penumpang.
“Mereka cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan pesawat itu hingga ke saat
akhir,” lapor media tempatan, memetik seorang pegawai penyiasat kes
itu.
Lebih 30 maut dan 15 selamat, sementara 12 lagi dilaporkan masih hilang.
Mayat Lioa dan pembantunya, yang belum dikenal pasti, ditemui dalam
kokpit dalam keadaan tangan mereka masih memegang alat kemudi pesawat.
Kakinya cedera teruk.
Berdasarkan rakaman video, pesawat itu kelihatan terbang miring rendah
sebelum bergeser dengan jambatan dan terjatuh dalam Sungai Keeling.
Menurut pegawai majlis bandar raya itu, jumlah kematian pasti lebih tinggi jika pesawat itu melanggar bangunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan