Isnin, 2 Februari 2015

Isu siapa ganti Anwar tak pernah dibincang


Tuan Ibrahim  
Tuan Ibrahim


SHAH ALAM - Isu pelantikan pengganti bagi jawatan Ketua Pembangkang tidak pernah dibincangkan antara rakan PR terutama Pas.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu tersebut tidak berbangkit kerana Pas yakin Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus kekal dengan jawatan tersebut dan dibebaskan semasa keputusan rayuan kes liwatnya pada 10 Februari ini.

“Saya mendoakan beliau (Anwar) akan dibebaskan. Sebagai rakan dalam PR, kita tidak pernah bincang untuk menggantikan pimpinan yang lain, kerana yakin beliau akan dibebaskan.

“Kita yakin dengan segala hujah yang dibentangkan peguam bela beliau dalam mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Anwar yang PR tidak akan membuat sebarang pelantikan baharu bagi jawatan tersebut.

Tuan Ibrahim turut meminta ahli Pas mengadakan solat hajat agar keadilan memihak kepada Anwar.

“Kehadiran ramai pimpinan parti sepanjang perbicaraan membuktikan sokongan Pas kepada beliau. Insya-ALLAH semoga beliau dibebaskan,” katanya.

Tiada ulasan: