Azmin selar UMNO dan Perkasa hanya berminat membangkitkan sentimen perkauman.
AMPANG: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tetap dengan keputusan untuk meneruskan projek pembinaan kondominium mewah, Datum Jelatek di Kampung Jelatek .
Azmin juga berkata sedia bertemu wakil penduduk, mendengar bantahan mereka tetapi dengan syarat bantahan tersebut mestilah tidak bersifat perkauman.
Jika main sentimen kaum dan agama, ia tidak akan membawa kepada pembangunan,” katanya dalam sidang media di Hotel Flamingo, Ampang.
Jelas Azmin, beliau letih melayan UMNO dan Perkasa yang tidak jemu-jemu membangkitkan sentimen perkauman .
“Saya tidak akan bertolak ansur dengan mereka. Mesej saya pada rakyat Selangor ialah, tidak ada ekstremisme, fanatisme, dan rasisme,” katanya.
Azmin dipercayai akan terus dengan pendiriannya membangunkan perumahan untuk rakyat Selangor.
“Saya akan pertahan mereka yang memerlukan perumahan,” katanya.
Sebelum ini wujud isu bahawa projek Datum Jelatek akan membawa masuk kaum Cina dan warga asing ke kawasan penempatan yang majoritinya penduduk Melayu.
Namun ia disangkal dengan bukti kesemua 674 unit projek kondominium Datum Jelatek sudahpun didaftarkan kepada pembeli Bumiputera.
Kondominium tersebut yang dibangunkan oleh Datumcorp International (DCI), berharga sekitar RM700,000 seunit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan