Rabu, 25 Jun 2014

'Saya, exco tiada masa bincang isu tukar MB'

MALAYSIAKINI


 


Tan Sri Khalid Ibrahim enggan memberikan komen berhubung kenyataan pemimpin PKR sendiri yang mendakwa terdapat persetujuan menggantikan beliau sebagai menteri besar Selangor.

"Saya dan exco saya tiada masa untuk berbincang perkara ini," katanya dalam sidang media di bangunan kerajaan negeri hari ini.

Khalid menjawab soalan pemberita mengenai dakwaan Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin semalam bahawa pemimpin Pakatan Rakyat sudahpun mencapai persetujuan agar untuk menggantikan kedudukan beliau sebagai menteri besar.

Shamsul Iskandar yang juga anggota parlimen Bukit Katil dalam satu kenyataan menyebut pertukaran itu turut dipersetujui "majoriti pimpinan PAS".

Sementara itu ADUN Pelabuhan Klang itu turut enggan mengulas insiden kekecohan yang berlaku ketika pemilihan semula PKR di Selangor minggu lalu.

Bagaimanapun, Khalid secara berseloroh berkata pemilihan tersebut bakal berakhir tidak lama lagi.

"Pemilihan (berakhir) tak lama lagi. Tamat 28 haribulan ini kan? Lepas itu kita puasa. Selepas itu bolehlah berbaik dan kita sambut hari raya," katanya yang mengundang gelak ketawa wartawan yang hadir.

Tiada ulasan: