Isnin, 30 Jun 2014

Penduduk Selangor mahu Abdul Khalid kekal orang nombor satu

Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Majoriti penduduk Selangor terus menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menerajui pentadbiran sebagai orang nombor satu di negeri itu.

Dalam laman sosial Facebook dan Twitter, penduduk Selangor mahu Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar ekoran kecemerlangan beliau menerajui tampuk pentadbiran negeri.

Malah, bukan itu sahaja, penduduk dari negeri lain juga turut menyatakan sokongan yang sama kerana Abdul Khalid dilihat sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan banyak membantu golongan berpendapatan rendah.

.Saiden Mannat Mohd Nasir, berkata kemajuan Selangor semakin meningkat ekoran kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan semua pihak harus melihat kejayaan itu bukan kepada politiknya.

“Selangor maju dengan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar. Tengoklah kemajuan Selangor bukan kekuatan politiknya,” katanya.

Bagi Nina Karina pula, dia berpendapat Abdul Khalid adalah seorang pemimpin yang layak memegang jawatan itu.

“Beliau adalah yang terbaik dan sewajarnya menjadi Menteri Besar. Mengapa ada pihak yang tidak mahu dikekalkan.

“Jika salah memilih penganti, ia boleh mengakibatkan masalah besar di Selangor,” katanya.

mb khalid pelabuhan klang calon 01Sementara itu, Zokry Daud pula menganggap Abdul Khalid seorang pemimpin yang telus dalam pentadbirannya dan dengan sikapnya itu dapat mengelakkan berlakunya amalan rasuah.

“Tan Sri sudah bagus mentadbir negeri, banyak pembangunan. Telus dan tiada rasuah. Rizab negeri dapat dipertingkatkan, jika ada masalah perbaikinya,” katanya.

Ahmad Zulkifli pula berkata, jika jawatan itu ditukar maka sewajarnya semua pihak mengenang jasa Abdul Khalid sebagai pemimpin terbaik.
“Beliau adalah yang terbaik, orang terbaik tidak akan kekal lama, jadi wajar kita mengenang jasa beliau,” katanya.-NFN-

1 ulasan:

XUMNO berkata...

Kalau Pakatan Rakyat terutama PKR mahu kekal memeritah Selangor selepas PRU14, TS Khalid mesti jangan digugat dan mesti dikekalkan sebagai MB. Rakyat Selangor sedar mereka dalam PKR yang mahu menjatuhkan Khalid adalah terdiri daripada mereka yang gilakan kuasa dan melaluinya akan menyamun kekayaan negeri untuk menjadi kaya raya sama seperti pemimpin2 umno.Diharap Pas jangan terjebak dengan mainan kotor puak2 yang mahu menjatuhkan TS Khalid; kelak Pas juga akan ditolak oleh rakyat Melayu Selangor.