MALAYSIAKINI
Empat belas lelaki yang menyerbu masuk dalam dewan undangan negeri (DUN) Pulau Pinang akan didakwa di mahkamah majistret esok.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata 14
akan didakwa atas tuduhan menceroboh, di bawah Seksyen 448 Kanun
Keseksaan.
"Ia satu kesalahan yang boleh dijamin," kata Mior Faridalatrash ketika
ditemui di ibu pejabat polis daerah di Jalan Pattani hari ini.
Empat belas orang tersebut antaranya ahli Umno, menyerbu masuk ke dalam
DUN untuk ADUN Seri Delima, RSN Rayer untuk mengucapkan "Umno celaka".
Sementara itu, Rayer juga dijangka yang akan didakwa atas tuduhan menghasut esok kerana mengucapkan kata-kata tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan