Selasa, 3 Jun 2014

Pemilihan semula lancar, Presiden KEADILAN ucap penghargaan

KEADILAN DAILY


Bagi pihak KEADILAN, saya mengucap terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kelancaran pemilihan semula yang lalu.

KEADILAN juga mengucapkan terima kasih kepada JPP, kerana membuka ruang untuk mendengar kritikan dan komen dari semua peringkat.

pemilihan keadilan 2014Penambahbaikan dalam pemilihan semula yang berjalan lancar pada 31 Mei dan 1 Jun lepas, menunjukkan sikap kebertanggungjawaban yang tinggi dari semua pihak.

Justeru, kita harapkan agar JPP akan meneruskan usaha untuk menambahbaik proses pemilihan parti dari masa ke semasa.

Dalam masa yang sama, kita memberi amaran kepada pihak luar, agar tidak berterusan membuat kacau ganggu proses pemilihan KEADILAN yang dijalankan dengan demokratik.

Daripada taklimat awal yang diperolehi menunjukkan secara jelas bahawa kekacauan dalam pemilihan dicetus oleh pihak yang dikenalpasti bukan ahli, yang digerakkan melalui kumpulan-kumpulan samseng.

Berikutan daripada itu tercetusnya beberapa pelanggaran disiplin yang turut sama membabitkan beberapa ahli KEADILAN.

Sayugia ditegaskan bahawa, KEADILAN tidak pernah memandang remeh isu disiplin. Semua pihak diingatkan untuk terus mematuhi peraturan yang ada dan meraikan demokrasi ini dengan sebaiknya.

Dengan tahap disiplin yang tinggi, InsyaAllah KEADILAN pastinya, mampu untuk terus menarik minat semua pihak merentasi ras, budaya, dan agama.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Tiada ulasan: