Najib umum rombakan Kabinet hari ini?


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media di pejabatnya jam 12.30 tengah hari ini, dipercayai berkaitan rombakan Kabinet.

Najib semalam secara berseloroh memberitahu Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa itu mungkin majlis terakhir Naib Presiden Umno itu dengan jawatan berkenaan.

"Ini mungkin majlis rasmi terakhir anda sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan," katanya pada majlis pelancaran KLIA2.
  
Hishammuddin turut hadir pada majlis pelancaran KLIA2, terminal bagi syarikat penerbangan tambang rendah.

Isu rombakan Kabinet Najib bertiup kencang mutakhir ini namun ia pernah dinafikan oleh Perdana Menteri itu.