Sabtu, 7 Jun 2014

MH370: Tubuhkan segera RCI- Tian Chua .

Oleh: Lyn Nasir


KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) perlu ditubuhkan segera walaupun kotak hitam pesawat MH370 masih belum ditemui.

Jelasnya lagi, penubuhan Jawatankuasa tersebut tidak boleh bergantung kepada penemuan kotak hitam kerana ia melibatkan isu keselamatan rakyat dan perlu disiasat segera.

Tian-Chua1“Kita tak boleh bergantung kepada penemuan kotak hitam, baru nak tubuhkan RCI, sebab RCI itu adalah Jawatankuasa Khas yang penting untuk membuat siasatan terhadap MH370.

“Isu ini melibatkan keselamatan rakyat, pemantauan dan sistem radar juga perlu disiasat, sebab itu kita kata RCI ini penting dan perlu ditubuhkan segera,

“Jangan tunggu jumpa kotak hitam baru nak tubuhkan RCI, itu tindakan yang sangat tidak betul,” katanya ketika dihubungi.

Pada Mac lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Putrajaya akan mempertimbangkan penuubuhan RCI dan PSC untuk menyiasat kehilangan MH370, hanya selepas kotak hitam dijumpai.

Menurutnya lagi, fokus kerajaan kini adalah mencari kotak hitam pesawat yang merekodkan segala insiden berlaku dalam kokpit kapal terbang itu untuk membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

“Saya tak faham kenapa kerajaan mengambil tindakan untuk berdiam diri bila kita desak untuk segera tubuhkan RCI dan PSC

“Dalam isu sebegini, kita perlu tolak fahaman politik masing-masing dan sama-sama selesaikan isu yang berkaitan dengan keselamatan rakyat, kerana baik Umno BN mahupun Pakatan Rakyat, kita semua adalah pemimpin kepada mereka,

“Jangan pentingkan diri dalam isu ini, sama-sama cari jalan untuk selesaikan masalah, itu lebih baik.” ujarnya.

Tiada ulasan: