Selasa, 24 Jun 2014

MB: Ugut ‘pancung kepala’, tindakan Perkasa jejas imej Islam

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Kerajaan Selangor kesal dengan ugutan “memancung kepala” yang dibuat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang hanya memberi kesan buruk kepada keharmonian pelbagai bangsa dan agama.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ugutan dibuat Perkasa itu tidak memberi manfaat bahkan ia memberi persepsi negatif terhadap Islam yang menitikberatkan persaudaraan, keadilan, keharmonian, saling hormati menghormati dan kesederhanaan.

MB“Kita melihat kenyataan sebegitu hanya mencerminkan pemikiran tidak bertamadun dan perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Islam,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor menyeru semua pihak berhenti mengambil kesempatan di atas isu Bible demi kepentingan diri atau politik.

“Dan menghormati titah DYMM Sultan Selangor agar kes ini diserahkan kepada mahkamah,” kata Abdul Khalid.

Tiada ulasan: