Isnin, 23 Jun 2014

Kereta terbakar, Abu Bakar Chik meninggal dunia

MALAYSIAKINI



 


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dilapor meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh Raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.

Beliau, 64, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya Hasmizi Hasan, 18, cedera, lapor portal berita PAS, Harakahdaily.

Portal itu melaporkan kereta yang dinaiki Abu Bakar melanggar sebuah van yang dinaiki enam penumpang.

Laporan itu juga menyebut, sejurus selepas Abu Bakar yang juga pengerusi lajnah Pendidikan PAS Pusat dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki mereka itu terbakar.

Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah (MTT) Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan.

Bekas exco kerajaan negeri Terengganu itu meninggal seorang isteri Toh Puan Zaitun Salleh dan lapan Orang - lima lelaki dan tiga perempuan.

Beliau pernah ditahan ISA pada 1984 hingga 1986 dan menjadi ketua Pemuda PAS dari 1989 hingga 1999.

Tokoh PAS itu juga pernah menjadi timbalan pesuruhjaya Terengganu bermula 1999 hingga 2011 juga aktif dalam bidang kemasyarakatan dan pendidikan.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu berlaku ketika mangsa bersama pembantunya Hasmizi Hassan, 18, dalam perjalalan dari arah Bukit Besi menuju ke Kuala Terengganu.
  
Katanya kereta Toyota Camry yang dipandu Hasmizi dipercayai merempuh sebuah sebuah van yang dinaiki lima penumpang dari arah yang sama.
  
"Ekoran daripada itu kita tidak menolak kemungkinan kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbakar. Namun kedua-duanya berjaya dikeluarkan sebelum kereta terbakar," katanya di Hulu Terengganu hari ini.
  
Dalam kenyataannya, MP Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata solar jenazah akan berlangsung di maahad yang diasaskan oleh Abu Bakar, selepas Asar.

"Saya menyeru seluruh tuan guru, para ulamak, para pejuang dan umat Islam khususnya di Kuala Nerus hadir beramai-ramai sebagai hadiah buat sang pejuang mujahid ummah," katanya.

Tiada ulasan: