Sabtu, 21 Jun 2014

Kerajaan Negeri sumbang RM10,000 keluarga Imam Besar Masjid Shah Alam

Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM - Allahyarham Ahmad Mustafa Al-Muqri yang meninggal dunia pada 9 Jun lalu.
Sumbangan disampaikan oleh Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail kepada isteri Allahyarham, Nurazira Ahmad Bashir.

Rodziah

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam (Jais), Ahmad Zaki Arshad.

Rodziah berkata sumbangan itu sebagai tanda prihatin Kerajaan Negeri terhadap Allahyarham yang banyak meninggalkan jasa kepada Kerajaan Negeri mahupun rakyat Selangor.

Katanya, pihaknya juga akan melihat keperluan balu Allahyarham dan anak-anaknya dari masa ke semasa.

“Seperti biasa Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan individu yang meninggalkan jasa yang besar kepada Kerajaan Negeri.

“Jadi kita akan lihat keperluan mereka yang lain dan cuba membantu dari segi pendidikan anak-anak dan sebagainya.

“Allahyarham berkhidmat sebagai imam di Masjid Negeri selama 13 tahun, sudah tentu kematian beliau sangat dirasai khususnya warga Selangor kerana Allahyarham sangat aktif dengan program keagamaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di kediaman Kuarters Masjid Negeri, di sini.

Selain itu, Rodziah berkata Kerajaan Negeri juga sudah mengarahkan pihak Jais supaya membuat pembayaran penuh kos rawatan Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak RM130,000.

“Pihak Jais juga akan membayar pampasan kepada keluarga Allahyarham selama tempoh perkhidmatan arwah.

d8“Kita juga akan menyumbang sumbangan khairat kematian kepada keluarga arwah. Kita tahu tabungan ini tidak akan cukup, namun sedikit sebanyak kita dapat membantu mereka.

“Arwah juga meninggalkan sesuatu yang berguna iaitu naskah Al-Quran untuk dicetak semula pada masa depan. Walaupun ia untuk dijadikan sebagai wakaf tetapi mungkin setiap cetakan boleh di pulangkan sebagai royalti,” katanya.

Sementara itu, Nurazira berkata beliau terharu dengan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan keluarganya.

“Sangat berterima kasih dan terharu dengan sumbangan ini dan juga gembira mendengar apabila sudi membantu beliau untuk mendapatkan pekerjaan, tempat tinggal dan pendidikan anak-anak,” katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 39 tahun di IJN akibat komplikasi jantung selepas enam hari dimasukkan ke institut itu.

Beliau dilantik menjadi Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sejak 2008.

d5

Beliau merupakan Imam Besar yang banyak pembaharuan dilakukan termasuk program mengimarahkan masjid.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak berusia di antara 11 tahun hingga tiga bulan.EZY

Tiada ulasan: