Sabtu, 7 Jun 2014

Jakim enggan ulas demo makan Cadbury

MALAYSIAKINI



 
 
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) enggan mengulas berhubung keraguan berterusan orang ramai terhadap produk Cadbury, termasuk kesediaan pegawainya mengadakan demonstrasi memakan coklat itu.
 
Timbalan Ketua Pengarah Jakim Datuk Razali Shahabuddin ketika ditemui menolak pertanyaan pemberita menjawab ringkas:

"Hanya pengarah Jakim boleh menjawab soalan itu".
 
"Saya tak boleh jawab, hanya pengarah sahaja boleh jawab soalan," katanya dalam majlis pelancaran konvoi bermotor di Masjid Wilayah Persekutuan di ibu kota, pagi tadi.
 
Pada 3 Jun lalu pegawai Jakim dilaporkan menyatakan kesediaan mengadakan demonstrasi memakan coklat kontroversi Cadbury Confectionery Sdn Bhd bagi membuktikan status halalnya.
 
Astro Awani melaporkan pengarah kanan bahagian hab halal JAKIM Mohd Amri Abdullah sebagai berkata, ia bagi menunjukkan bahawa mereka berpegang kepada keputusan bahawa produk itu sebenarnya halal.

Sebaik sahaja acara pelepasan konvoi 250 buah motor berkuasa tinggi di lapangan depan masjid wilayah persekutuan itu, pemberita terus mengajukan soalan mengenai isu status halal produk coklat Cadbury yang masih menjadi keraguan masyarakat. 
 
Namun, Razali  mengelak daripada menjawab semua soalan dengan meletakkan kuasa menjawab di tangan ketua pengarah JAKIM. 
 
Kemudian, beliau keluar daripada kepungan wartawan terus menuju ke serambi masjid bagi mengelak disoal wartawan. 
 
Bagaimanapun, beliau sekali lagi  diasak dengan soalan yang sama namun Razali masih tetap menegaskan "hanya pengarah Jakim yang boleh jawab soalan itu". 

Tiada ulasan: