Isnin, 23 Jun 2014

DAP mohon Adenan Satem batalkan pengharaman pemimpin PR masuk Sarawak

Teresa kok 2

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim hari ini menyeru Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem agar membatalkan tindakan keji melarang pemimpin Pakatan Rakyat dari memasuki negeri itu.

Beliau berkata, seruan itu dibuat supaya kesemua pemimpin dapat menghadiri majlis pengebumian Adun Bukit Assek yang meninggal semalam.

“Saya bercadang untuk ke Sibu dan menghadiri majlis pengebumian beliau, tapi saya masih disenarai hitam bersama beberapa orang rakan-rakan Pakatan tanpa sebarang sebab.

“Sebagai Ketua Menteri yang sering mengatakan bahawa kerajaannya mengamalkan autonomi imigrasi, mengharamkan pentaksub agama dan kaum dari masuk ke Sarawak, saya bingung mengapa kami tidak dibenarkan masuk.

“Saya telah mengutuskan faks kepada pejabat Ketua Menteri untuk merayu beliau membatalkan pengharaman itu supaya saya dan rakan-rakan dapat menghadiri majlis pengebumian Ho Len, Selasa ini,” katanya dalam kenyataan.

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh menyifatkan pemergian Ho Leng satu lagi kehilangan besar kepada DAP, Sarawak dan negara.

“Ho Leng bukan hanya rakan dalam parti, tetapi juga kawan rapat saya. Saya selalu mengagumi prinsip beliau untuk keadilan dan kesaksamaan politik, kecerdasan, kebijaksanaan serta penguasaannya dalam bahasa Inggeris dan Cina.

“Kami pastinya akan merindui kehilangan beliau. Namanya juga akan terus tersemat dalam ingatan sebagai pemimpin Pakatan pertama menjadi Ahli Parlimen di Sarawak apabila memenangi kerusi Sibu pada pilihanraya tahun 2010 – satu kemenangan yang digelar sebagai ‘keajaiban Sibu’,” ujarnya. -Roketkini.com

Tiada ulasan: