Isnin, 23 Jun 2014

Bantahan pemilihan boleh dibuat sehingga 28 Jun – Johari

Oleh: Lyn Nasir


PETALING JAYA  : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) KEADILAN, Datuk Johari Abdul berkata bantahan terhadap proses pemilihan parti itu masih boleh dibuat sehingga 28 Jun ini.

Jelasnya, selepas tarikh tersebut, tugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan diambil alih Jawatankuasa Rayuan di mana ia akan mengendalikan segala rayuan dan bantahan yang dikemukakan.

Datuk Jo“Sabtu ini adalah hari terkakhir, kalau ada mana-mana pihak atau cabang yang ingin membantah dan sebagainya mereka masih ada satu lagi ruang iaitu di Jawatankuasa Rayuan Pemilihan Pusat yang dipengerusikan oleh Datuk Kamarul (Baharin) iaitu Ahli Parlimen Teluk Kemang,” ujarnya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, selepas itu, JPP tidak akan terlibat dalam sebarang proses bantahan sebaliknya jawatankuasa rayuan akan mengambil alih bidang kuasa tersebut.

“Peranannya ialah menerima segala rayuan dan bantahan yang tidak dikendalikan JPP. Mereka akan menilai kembali dan kemudian buat cadangan,” katanya.

Namun katanya, JPP tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mempertimbangkan tindakan dan ia akan dirujuk kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk tindakan lanjut.

“Jadi terserah kepada MPP baru, apa yang mereka ingin putuskan dalam apa juga perkara,” ujar Johari.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani turut memaklumkan bahawa 28 Jun ini juga akan diadakan pemilihan semula melibatkan lima cabang di Sabah, Sarawak serta semenanjung

Tiada ulasan: