Jumaat, 16 Mei 2014

Warga Pendidik Akan Terima Netbook 1Malaysia

RAKYATNEWS


alt
 
 
 
KUALA LUMPUR  - Netbook 1Malaysia akan diberikan kepada warga pendidik bagi menghargai golongan itu.
 
Perkara tersebut disahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melalui laman Facebooknya.
 
Menurut Ahmad Shabery, perkara tersebut telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya pada Rabu lalu.
 
"Ini adalah hadiah Hari Guru kami untuk guru-guru seluruh negara. Guru tonggak kemajuan negara. Selamat Hari Guru," katanya merujuk kepada sambutan Hari Guru hari ini.
 
Buat permulaan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara akan menerimanya.
 
Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar.
 
Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan.

Tiada ulasan: