Utusan Malaysia hari ini memohon maaf
kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana
menyiarkan artikel bertajuk “Khalid dimaki ahli PKR” pada 17 Mei lalu.
Dalam ruang kecil halaman kelapan akhbar itu, pihak penerbitan Utusan
memaklumkan mereka kesal kerana menerbitkan laporan yang menimbulkan
reaksi kurang senang dan mengaibkan Khalid itu.
“Utusan
Malaysia kesal atas penerbitan tersebut yang telah menimbulkan rasa
kurang senang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan secara tulus ikhlas
memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di atas kesilapan
tersebut,” permohonan maaf itu dipetik.
Akhbar tersebut juga berjanji tidak akan menerbitkan laporan seperti itu lagi pada masa akan datang.
Utusan pada 17 Mei lalu melaporkan Khalid dimalukan oleh ahli PKR
apabila beliau dimaki hamun seorang ahli Cabang Kuala Selangor yang
mendakwa calon timbalan presiden PKR itu sebagai penipu kerana melakukan
perkara bercanggah dengan etika lembaga disiplin dan Jawatankuasa
Pemilihan Parti.
Ahli berkenaan, Zulkifli Abdullah dilapor menghamburkan kata-kata kasar
sebaik sahaja mendapati Khalid keluar dari bilik sidang akhbar di ibu
pejabat PKR.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor turut terkejut melihat Khalid dimalukan di hadapan khalayak ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan