Jumaat, 9 Mei 2014

SU Ulamak Muda UMNO Perlu Nilai Wanita & Puteri UMNO Terlebih Dahulu

KELAB GREENBOC


Ulama muda Umno enggan mohon maaf gelar wanita anti-GST ‘pelacur’

Meskipun dikritik hebat dan laporan polis dibuat terhadapnya, Setiausaha Sekretariat Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Mohd Radzi Othman yang turut aktif dengan Majlis Ulama Muda Umno tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan kontroversinya yang menggelar wanita bertudung labuh menyertai perhimpunan anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan.

Radzi berkata, beliau menulis kenyataan itu dengan "kewarasannya” dan menganggapnya sebagai satu perumpamaan yang tidak seharusnya dilihat sebagai satu kesalahan.

"Saya tidak akan minta maaf kerana kenyataan saya tidak salah. Mereka yang tidak faham jadi merekalah yang bodoh bahasa Melayu, bodoh akal budi Melayu.

"Itu adalah perumpaan, saya tidak kata secara hakikat, ia hanyalah analogi,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Sehari selepas perhimpunan membantah GST pada 1 Mei lalu, Radzi dalam akaun Facebook Abu Amru Radzi Othman menulis: "Muslimah tuduh labuh yang keluar berdemonstrasi adalah setaraf dengan pelacur atasan.

"Hendak saya samakan para Muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin, jangan harap.”

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyelar kenyataan kenyataan setiausaha Ilmu itu dan mengatakannya sebagai tindakan biadap.

"Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.

"Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasulullah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Radzi di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nuridah Salleh.

Mereka menuntut Radzi membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan biadap itu.

Bagaimanapun, Radzi berkata, kenyataannya itu diinspirasikan daripada novel Shit tulisan Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad.

"Saya terinspirasi dengan kitab suci PAS, buku Shit tulisan Shahnon Ahmad yang dipertahankan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan yang dibanggakan pengikut PAS.

"Novel itu menceritakan pasal tahi, saya baca sejak sekolah menengah, kalau hendak saya minta maaf suruh Shahnon Ahmad minta maaf dulu ataupun Nik Aziz yang dulu pernah kata Tuhan itu samseng, suruhlah dia minta maaf," katanya.

Radzi berkata, tindakannya itu hanyalah mencipta analogi malah dalam Islam, ia turut digunakan oleh Allah, Nabi Muhammad dan para sahabat.

"Peribahasa dan perumpamaan adalah salah satu perbendaharaan Melayu yang wujud sejak dahulu.

"Saya memberi contoh ‘saudara anjing’ dan simpulan bahasa ‘terlepas anjing kurap terpeluk babi gemuk’ yang terdapat dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kerana itu biadap atau kurang ajar dalam sebuah metafora bergantung kepada kefahaman kita," katanya.

Radzi juga turut mengulas mengenai dalil digunakannya mengatakan muslimah bertudung labuh yang sepatutnya menjaga aurat dan akhlak, bukan terkinja-kinja di perhimpunan tersebut.

"Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad pernah mengatakan perempuan yang memakai minyak wangi bagi tujuan untuk dibau orang ramai itu seperti penzinaan, pelacuran,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Eksekutif Ilmu, Fathul Bari Mat Jahya dalam reaksinya kepada The Malaysian Insider berharap semua pihak memahami kenyataan Radzi itu dibuat atas kapasiti peribadinya.

"Isu membabitkan pandangan peribadi, jadi saya minta jangan kaitkan dengan jawatan kerana beliau tidak membuat kenyataan bagi pihak Ilmu dan Majlis Ulama Muda Umno baru ditubuhkan beberapa minggu lalu, strukturnya belum dirancang lagi," katanya.

ULASAN GB

Menuduh dan "mengumpamakan" pelacur merupakan satu penghinaan yang tiada taranya terhadap kaum muslimah sedangkan dalamasa yang sama ulamak muda UMNO itu menutup matanya terhadap mereka yang di bawah ini.



Tiada ulasan: