ANALISIS Calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong bukan orang asing buat pengundi di kawasan ini dengan rekod khidmatnya selama lebih 19 tahun.
Sejak diumumkan sebagai calon, presiden Gerakan yang berusia 53 tahun ini nampaknya memilih untuk berkempen secara sederhana dalam pilihan raya ini.
Pasukan beliau misalnya, mengambil masa tiga hari untuk menyelaras dan memaklumkan jadual kempennya kepada media.
Tidak sekadar menumpukan kepada ceramah semata-mata, beliau turut bertemu kumpulan-kumpulan kecil penduduk setempat menerusi acara yang diatur parti-parti komponen BN.
Dan ke mana-mana tempat yang dijelajahnya, Mah kelihatan cekal dan tabah namun sayangnya, kempen beliau kurang rancak.
"Saya cukup kenal dengan kawasan ini," kata Mah ringkas kepada sekumpulan kecil orang India pada satu majlis taklimat ringkas di tadika di Taman Aman Desa - satu kawasan perumahan dengan majoriti orang India.
Beliau tidak menyebut nama Dyana walaupun sekali, sebaliknya mengingatkan orang ramai yang beliau pernah berkhidmat di Teluk Intan sebagai MP di antara tahun 1999 sehingga 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan