MSTAR ONLINE
Kes terbaharu itu menjadikan semuanya lapan orang ditahan suruhanjaya itu setakat ini, sejak memulakan operasi pada Rabu.
Sebelum ini, enam penguatkuasa ditahan termasuk seorang pesara pasukan yang berusia 58 tahun.
Sumber
memberitahu mStar Online, pembantu penguatkuasa KDN itu yang
menjalankan tugas berkaitan penerbitan produk juga disyaki menyalahguna
kuasanya untuk kepentingan peribadi.
Katanya,
seorang lagi yang ditahan adalah pengusaha premis VCD dan DVD yang
didapati cuba menyogok pihak berkuasa bagi mengelak dikenakan tindakan
kerana menjalankan perniagaan secara tidak sah.
"Seperti
enam penguatkuasa yang ditahan sebelum ini, kedua-duanya terbabit sama
ada menuntut wang atau menyogok wang untuk melindungi kegiatan haram
itu," katanya ketika dihubungi.
Sumber itu berkata, kedua-duanya ditahan dalam operasi pada Khamis di lokasi berlainan di negeri berkenaan.
"Setakat ini, mereka ditahan bagi membantu siasatan dan keterangan mereka akan direkodkan di ibu pejabat SPRM negeri," katanya.
Penahanan
yang dilakukan sepasukan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan pendedahan mStar Online mengenai
kegiatan anggota penguatkuasa yang menuntut wang perlindungan antara
RM50 hingga RM200 sebulan daripada setiap pengusaha premis berkenaan di
negeri itu.
Berdasarkan
jumlah itu, ada pengusaha perniagaan haram itu yang membayar antara
RM1,500 hingga RM6,000 sebulan kepada pihak terbabit yang mula
menjalankan kegiatan itu sejak lebih dua tahun lalu.
Malahan,
ada pengusaha terbabit yang menanggung rugi sehingga RM12,000 dalam
tempoh tiga bulan kerana terpaksa membayar wang perlindungan kepada
sekurang-kurangnya 20 orang setiap bulan.
SPRM
menjalankan risikan sejak tiga bulan lalu susulan maklumat orang ramai
termasuk pengusaha perniagaan terbabit yang serik apabila terpaksa
menanggung kerugian setiap bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan