Jumaat, 16 Mei 2014

Pesakit bertambah, segerakan bina hospital baru di Tg Karang dan Kapar

Oleh: Asri Sapfie


TANJONG KARANG : Kerajaan Pusat digesa mempercepatkan pembinaan hospital baru di Kapar dan Tanjung Karang berikutan peningkatan pesakit di kawasan itu.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi berkata, projek pembinaan itu bagi memudahkan masyarakat setempat mendapatkan rawatan dengan kadar segera sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

IMG_1365a

Katanya, ia disebabkan di daerah Sabak Bernam hingga Kuala Selangor yang hanya mempunyai dua buah hospital yang tidak cukup bagi menampung pesakit.

“Kerajaan Negeri telah menyediakan tapak seluas 50 ekar di Kapar bagi memastikan projek hospital di kawasan itu dapat disiapkan segera,” kata beliau.

Tambah beliau lagi, hospital yang sedia ada di Tanjung Karang hanya menempatkan pesakit yang mengalami kes ringan manakala bagi kes penyakit kritikal mereka terpaksa dibawa ke Hospital Sungai buloh dan Hospital Klang yang lebih jauh.

“Kita masih menunggu dana dari pihak Kementerian Kesihatan walaupun proses pecah tanah telah dilakukan,” kata beliau ketika ditemui SelangorKini.
IMG_1335a
Dr Daroyah juga dalam lawatan itu turut beramah mesra dengan 30 pesakit yang terdiri daripada pesakit kanak-kanak, wanita bersalin dan juga pesakit lelaki sambil menyalurkan sumbangan kerajaan negeri berbentuk hamper makanan kepada setiap pesakit.

Beliau berharap semua hospital sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama bagi membolehkan wakil rakyat kawasan mudah untuk mendekatkan diri dengan pesakit dengan mengadakan lawatan-lawatan seperti ini.

Hadir sama dalam lawatan ini adalah Pengarah Hospital Tanjung Karang Dr. Zamri Saim.
EZY

Tiada ulasan: