KUALA LUMPUR: Tiga butir peluru bersaiz 9mm ditemui dalam peti surat
rumah Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan di Bahau, pagi Sabtu.
Sanjeevan yang bertanding bagi merebut jawatan Naib Ketua Angkatan Muda
Keadilan (AMK) dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata,
abangnya yang sedang mengemas rumah untuk aktiviti kempen malam ini
menemui peluru tersebut kira-kira pukul 10.45 pagi.
"Pagi tadi saya pulang lewat kerana berkempen...kira-kira pukul 4 pagi.
"Sebelum itu ahli keluarga saya juga keluar meraikan hari lahir ibu saya, jadi tiada siapa di rumah.
"Saya syak pada ketika itulah peluruh berkenaan diletakkan," kata Sanjeevan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan