Rabu, 7 Mei 2014

Pak Cik Jamal meningal dunia pagi tadi



DETIK DAILY
 

KUALA LUMPUR: Pak Cik Jamal atau Jamal Muhamad, meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, pada usia 75 tahun.

Almarhum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya hari kelmarin selepas mengadu sesak nafas. Beliau turut turut menjalani ujian khas mengesan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV), kerana baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 30 April lalu.

Selain itu Almarhum mengidap penyakit ankylosing spondylitis yang dihidapi sejak 14 tahun lalu, menyebabkan tulang belakang Jamal membengkok hingga mengganggu paru-paru.

Pak Cik Jamal, dilahirkan di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur pada tahun 1939. Beliau mula bertugas di RTM pada tahun 1960 dan bersara pada 1995. Pak Cik Jamal amat popular melalui rancangan 'Mini Parlimen' dengan memegang watak sebagai 'Speaker' yang bersiaran pada 1983 hingga 1995. Selain Mini Parlimen, beliau juga terbabit dalam menerbitkan rancangan Taman Kanak-kanak, Pesta Pop dan Pentas Aneka.

Selain itu, Almarhum juga merupakan juruhebah dan pelawak dan pernah berlakon dalam Jambatan Maut (1963) dan Sabaruddin Tukang Kasut (1966).

Semasa dalam perkhidmatannya, beliau pernah mengikuti kursus di Channel 10, Australia Broadcasting Corporation (ABC) selama sebulan pada tahun 1977.

Tiada ulasan: