Nik Nazmi Nik Ahmad Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad


PETALING JAYA - Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan haram, Mei tahun lalu.

Hakim, Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam bela N Surendran yang menghalang anak guamnya dibicarakan ekoran keputusan mahkamah rayuan membebaskan dan melepaskan Nik Nazmi daripada pertuduhan yang sama.