MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Najib Abdul Razak hari ini mempersalahkan langkah
populis kerajaan Pakatan Selangor untuk memberi air percuma dan
keengganannya menaikkan tarif air, sebagai punca kekurangan air di
negeri itu.
Beliau berkata memberikan air percuma telah mengakibatkan negeri itu
kehabisan bekalan dan berkata Pakatan tidak bersikap realistik.
Katanya, walaupun menteri besar Selangor telah memberhentikan
catuan air, tetapi dapatkah beliau memberi jaminan tiada lagi catuan air pada masa akan datang.
Paras air di empangan Selangor merosot sejak beberapa bulan lalu kerana
cuaca kering yang luar biasa, dan diburukkan lagi oleh pencemaran di
beberapa sumber air yang memaksa kerajaan negeri melaksanakan catuan air
pada Mac dan April.
Bagaimanapun musim kemarau juga melanda negeri-negeri lain termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Johor, yang melakukan catuan air.
Kedah, Melaka dan Pulau Pinang juga sedang menimbang langkah tersebut
tetapi setakat ini masih mampu membekalkan air tanpa catuan.
Catuan air Selangor berakhir minggu ini selepas hujan turun semula di
kebanyakan empangan dan kerajaan negeri mengambil langkah tambahan untuk
meningkatkan bekalan dari sumber alternatif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan