Jumaat, 16 Mei 2014

Najib Bakal Saman Malaysiakini

alt
 
RAKYATNEWS


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal pro pembangkang Malaysiakini berikutan laporan dua artikel yang disiarkan mengenai krisis Terengganu baru-baru ini.

Ianya merujuk kepada laporan artikel bertajuk “A case of the PM reaping what he sows” and “How much will Najib spend to keep Terengganu?

Notis tuntutan yang turut mewakili UMNO yang diserahkan petang semalam, diwakili peguam Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, mendakwa dua artikel yang disiarkan pada 14 Mei lalu mengandungi kata-kata fitnah jahat terhadap beliau dan kepimpinan parti tersebut.

"Komen daripada tujuh pembaca dalam artikel itu antaranya menggambarkan Umno parti politik tidak berintegriti, rasis, tidak mengambil berat pada bangsa lain, tidak mempunyai moral yang baik serta tidak berkaliber.

“Segala tuduhan yang dibuat oleh pengguna-pengguna di laman web Malaysiakini.com adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti yang kukuh dan adalah amat serius dengan niat jahat (mala fide) untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej anak-anak guam kami.

“Ia antara lain juga bertujuan menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti anak-anak guam kami selaku tulang belakang kerajaan BN yang mentadbir negara Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik,” menurut notis itu.

Dalam notis tersebut, Najib dan UMNO turut menuntut permohonan maaf tidak bersyarat daripada Malaysiakini, dalam tempoh 48 jam, dari tarikh surat tuntutan tersebut, penarikan balik artikel berkenaan dan menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan yang serupa.

Prosiding mahkamah akan diteruskan terhadap portal itu, termasuk memohon injunksi untuk menghalang penerbitan yang sama kandungannya jika pihak Malaysiakini tidak memberi sebarang maklum balas dalam tempoh itu.

Tiada ulasan: